Featured post

TERAPI OZON – UBAT ATAU RACUN

Pengetahuan Asas mengenai dos ozon perlu diterapkan kepada semua pengamal terapi ozon agar masyarakat yang melakukan rawatan mendapat khasiat yang terbaik.
Dos terapeutik ozon adalah 10-80 mcg/ml. Apabila dos melebihi  80 mcg/ml  akan menimbulkan efek merosak sel (cytotoxic effect), dimana akan terjadi:
•         Hancur atau pecahnya sel darah merah.
•         Penurunan  2,3 DPG
•         Pengaktifan sistem immun terhalang
Sementara  dos yang di rekomendasikan oleh  Russian school of ozone therapy
Concentration O3, mcg\L
Concentration Range
1 – 100
Extremely low
101 – 400
Low
401 – 2000
Medium
2001 – 10000
High
> 10000
Extremely high

RAWATAN LUKA MENGGUNAKAN TERAPI OZON

I.  LUKA

A.  PENGERTIAN LUKA

Luka adalah suatu kerosakan tisu yang terjadi pada:

Kulit
Membran Mukosa
Otot
Tulang atau Organ Tubuh

Akibatnya terjadi:

  • Masalah pada Sistem Saraf
  • Pendarahan dan Pembekuan Darah
  • Jangkitan Kuman
  • Kematian Tisu
  • Kehilangan sebahagian atau keseluruhan Tulang atau Organ Tubuh.

 

B.  PENGERTIAN RAWATAN LUKA

Rawatan Luka adalah untuk mencegah dan menyembuhkan kecederaan pada:

  • Tulang atau Organ Tubuh
  • Otot
  • Membran Mukosa
  • Kulit

C.  TUJUAN RAWATAN

  1. Membersihkan Luka dari Benda Asing atau Debris
  2. Membuang Tisu Nekrotik
  3. Membuat Kawasan Luka tetap Bersih
  4. Mencegah Bertambahnya Kerosakan Tisu
  5. Mencegah Merebaknya Jangkitan Kuman
  6. Meningkatkan Hemostatik dengan Balutan yang Rapat dan Rapi
  7. Mencegah Tisu Baru yang Terbentuk, Tercedera Kembali
  8. Mempercepat Penyembuhan
  9. Memberi Rasa Selesa secara Mental dan Fizikal

D.   FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENYEMBUHAN LUKA

  • Keadaan Kesihatan seseorang
  • Luasnya Luka
  • Aliran Darah ke dan dari Kawasan Luka
  • Penjagaan Makanan yang Tinggi Kadar Nutrisi
  • Respon Badan secara Sistemik pada Kecederaan
  • Kecepatan Pertumbuhan Kulit dan Membran Mukosa disiapkan sebagai garispertama untuk mempertahankan diri dari mikroorganisme, dan
  • Luka terhindar dari terkena jangkitan semula atau ada bendaasing pada luka tersebut

E.  PROSES PENYEMBUHAN LUKA

Dalam proses penyembuhan akan terjadi:

  • Peningkatan Aliran Darah
  • Pembersihan pada Tisu dan Benda Asing
  • Pembentukan Tisu Baharu

F.  TANDA PENYEMBUHAN LUKA

Tiada Perdarahan.

Tampak Pembekuan di tepi luka


Tepi luka akan  didekatkan dan dikepit oleh fibrin dalam bekuan.
Inflamasi pada tepi luka.Inflamasi berkurang ketika bekuan berkurang
Tisu Granulasi mulai menemukan tepi luka.Mudah berdarah dan terjadi inflamasi
Pembentukan Bekas Luka.Pembentukan Kolagen.Pengecilan Luka.

 

II.  TERAPI OZON
Terapi Ozon setempat dapat menghilangkan kawasan hipoksia (Oksigen rendah), dimana terpacunya reaksi aktiviti enzim pernafasan seperti succinodehidrogenase dan cytochrome oksidase
Tahap Oksigen akan meningkat pada kawasan luka sebanyak 10 – 16% (Yu.N.Belokurov, VMMolodkin,1995), dan peningkatan ini tetap berterusan selepas terapi.

 

Metabolisme tisu menjadi normal adalah berkaitan dengan terjadinya proses:

  • Kehilangan keadaan asid yang banyak
  • Peningkatan Peredaran Mikro
  • Peningkatan Oksigenasi
  • Mengurangkan Peradangan
  • Meningkatkan pembentukan Tisu Baharu (Epitelisasi)

Ozon dalam fasa gas dan cairan dapat menyekat pertumbuhan flora bakteria:

  • Staphylococcus
  • Proteus
  • Colibacillus
  • Klebsiella
  • Kulat
  • Flora anaerobik

Oleh itu, Terapi Ozon dapat menimbulkan:

  • Pembersihan Permukaan dari Tisu Nekrotik
  • Dekontaminasi Segera dari Bakteria Luka
  • Peningkatan Sensitiviti Mikrob pada Antibiotik.  Ini akan mengurangkan dos dan masa pemberian.
  • Mengurangkan Rasa Sakit
  • Mempercepat Proses Granulasi dan Epitelisasi

** Pusat Terapi Ozon Luka (Wound Care) akan di buka.
Keterangan lanjut; 0133839091 (Ozon Care)
0133579090 (Ozon Care)
Emel : dokter.ozon@gmail.com

TERAPI OZON – HARAPAN DAN HALANGAN

Banyak penilaian terhadap terapi ozon yang tidak rasional oleh para saintis, doktor apatah lagi orang awam yang masih berpegang pada dogma yang beranggapan ozon adalah toksik (oksidan) dan tidak sepatutnya digunakan dalam bidang perubatan “. Anggapan dan ketidaktahuan atas keegoan ini yang tentunya mempunyai maksud dan kepentingan sendiri, membuatkan terapi ozon menemui jalan yang berliku-liku.
Penemuan-penemuan yang nyata pada pesakit dan penyelidikan lanjutan diperlukan sebelum menterbalikkan percanggahan pendapat untuk dibincangkan secara saintifik.  Tidak ada rasa untuk merasa bahawa hanya sesetengah pihak saja yang bijak dan benar.
Ozon sepertimana oksigen, mempunyai molekul asas yang dapat mengaktifkan beberapa proses penting. Ozon yang digunakan mesti mempunyai dos, sama seperti ubat-ubatan.  Dos yang sesuai menjadi penawar sedangkan dos berlebihan menjadi racun (toksik), begitu juga dengan ozon; mempunyai dos tertentu untuk diberikan sebagai terapi.  Dos tertentu dapat dihasilkan oleh generator ozon.
Pengalaman saya di Malaysia dalam percubaan untuk berbincang dengan penguasa, pengamal perubatan dan pengkritik, saya tidak akan meneruskan perbincangan kepada mereka yang merasa tahu tetapi sebenarnya tidak tahu.  Contoh, berkata bahawa ozon adalah oksidator yang paling kuat.  Ketidaktahuan mengenai ozon tetapi merasa dirinya benar, lebih baik tidak diteruskan pembahasan tersebut.
Harapan saya, untuk membetulkan keadaan ini , perlu dipastikan mengenai kebaikan dan keburukan terapi ozon secara saintifik bukan hanya testimoni. Dalam tempoh 11 tahun yang lalu, pengalaman peribadi telah meyakinkan saya bahawa penggunaan ozon yang benar dan bijak boleh menjadi sangat berguna dalam beberapa masalah kesihatan terutama penyakit-penyakit kronik.
Pada awalnya seperti rakan-rakan lain dalam dunia perubatan yang dididik secara barat, tidak mempercayai bahawa terapi ozon juga dapat memberi manfaat kepada insan.  Dalam sumpah doktor, antara lain;” Dalam menunaikan kewajiban terhadap pesakit, saya akan berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya saya tidak terpengaruh oleh pertimbangan keagamaan, kebangsaan, kesukuan, politik kepartian, atau kedudukan sosial’.

           Saya merasakan saya seorang yang bertuah kerana dapat menggunakan terapi ozon dalam salah satu cara rawatan.  Walaupun banyak kontroversi, saya percaya suatu hari ozon akan menjadi salah satu cara rawatan di dunia ini.

Benarkah Terapi Ozon Tiada Bukti Ilmiah

Terapi Ozon bukan suatu kaedah baharu dalam bidang kesihatan. Ianya telah lama diguna dan diterima pakai di banyak Negara. Pelbagai aplikasi penggunaan terapi ozon pada manusia. Saya mendefinisikan terapi ozon sebagai penggunaan udara ozon medical dengan dos tertentu yang diberikan secara langsung ke manusia.

Udara ozon yang digunakan, bukannya sama seperti yang ada di atmosfera tetapi merupakan campuran ozon dan oksigen sehingga dinamakan dengan Ozon Medikal. Ozon Medikal yang digunakan mempunyai dos dari 1-100ug/ml. Sama seperti penggunaan ubat yang mempunyai kadar dos tertentu untuk diberikan pada manusia. Apabila berlebihan dos yang diberikan, tidak kira apakah ubat atau terapi ozon, pasti mendatangkan kesan yang tidak baik.

Dalam dunia perubatan moden, sesuatu rawatan yang diterima pakai oleh Pengamal dan Penguasa adalah bukti ilmiah yang telah dikaji, dianalisa, dibentang, diterbit dan dibukukan. Bukan hanya dengan kata-kata beberapa orang (testimoni) yang kadang mempunyai kepentingan peribadi.

Sesuatu yang dunia perubatan moden perlu akui bahawa, bukan semua kajian yang dilakukan adalah sempurna. Kajian yang dilakukan juga ada pelbagai kelemahan dan keuntungan yang diinginkan.

Terapi Ozon juga mempunyai bukti Ilmiah, sama seperti perubatan moden. Dikaji, dianalisa, dibentang, diterbit dan dibukukan. Ada yang mengatakan tidak ada kajian ilmiah…Benarkah kenyataan tersebut???

Dunia semakin canggih. Hanya buat pencarian di INTERNET, pasti ditemukan. Apalagi pada mereka yang berpengetahuan dan berpendidikan. Cuma nak tahu atau tidak atau buat-buat tak tahu. Jangan membuat komentar, hanya berdasarkan TAHU Tapi Tak Tahu apa yang dia Tahu.

Terapi Ozon juga tidak lari dari orang yang punya kepentingan sendiri. Memberi terapi seolah-olah dapat menyembuhkan penyakit. Lupa diri dan ingin mengaut keuntungan segera. Emosi pesakit, kadang di manipulasi. Kadang wang diutamakan. Kesucian terapi digadaikan sehingga terapi ozon dipertikaikan.

Kesukaran penerimaan terapi ozon bukan disebabkan oleh tiada bukti, tetapi kadang akibat terapis yang tidak bertanggungjawab. Ada yang merasa dirinya BETUL dan orang lain tidak betul.

Sebagai Manusia, jangan lupa bahawa MAHA PENYEMBUH itu bukan kita. Pesakit akan berusaha untuk berikhtiar dengan apa cara pun untuk mencapai kesembuhan. Sebagai PENGAMAL Perubatan dengan cara apapun, jangan mengambil kesempatan atas penderitaan pesakit. INGAT! JANGAN BAHAGIA ATAS PENDERITAAN ORANG.

Cerita Sama….

Dr.Ozon : Boleh saya tahu apa masalah Pakcik?
Pakcik Y: Saya ada kencing manis.
Dr.Ozon : Dah lama?
Pakcik Y: Dah… lebih 10 tahun dah.. skrg ni kena ambik suntikan insulin (18-20 unit 3x sehari)
Dr.Ozon : Apa yang Pakcik rasa selama ni?
Pakcik Y: Mudah kebas, mata kadang kelabu, kadang kalau memandu seperti hilang arah dan
tak tahu di mana… kencing kadang sedikit…
Dr.Ozon : (tercium bau urea).. Dah lama ke macam ni?
Pakcik Y: Sejak tahun lepas…
Dr.Ozon : Doktor di hospital kata apa? (sambil membelek lembaran keputusan darah dari
hospital; sedih melihat keputusan darah Pakcik Y).
Pakcik Y: Doktor kata kena buat cuci buah pinggang… tapi…………………
Dr.Ozon : Kenapa tak buat?
Pakcik Y: Saya tanya doktor, apakah tak ada jalan lain??? Doktor tu kata tak ada, mesti buat….
Bila saya tanya lagi…doktor marah dan langsung rujuk pada pakar buah pinggang
sambil menulis, mengatakan saya menolak untuk cuci buah pinggang.
Dr.Ozon : Lepas tu…?

Apakah terapi ozon kaedah cuci darah ini dapat membantu?
Masih ada harapankah Pakcik Y?
Siapa yang dapat memberi harapan pada Pakcik Y?
Tiada jalan lain kah selain cuci buah pinggang?
Kenapa boleh jadi sampai ke tahap ini?
Doktor tak bagi nasihat kah selama Pakcik Y ke Hospital?
Pakcik Y kah yang tak dengar nasihat?
Tak boleh kah DOKTOR cuba mencegah komplikasi sehingga orang kena cuci buah pinggang?

Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda Dr Ozon…..
Cerita yang sama dan akan berulang-ulang….

Adakah jalan untuk cerita sama tidak Berulang??????

Perlukah Cuci Darah

Allah telah mencipta manusia dengan sistem yang sangat hebat. Darah kita telah dijadikan dengan sebaik-baiknya. Apakah pembersihan dan penciptaan darah setiap 120 hari, akan berjalan dengan baik?

Gaya hidup sihat yang kadang sukar dilakukan membuatkan cuci darah menjadi amalan yang baik untuk mengekalkan tahap kesihatan kita. Kekerapan yang dilakukan tergantung pada proses tanya-jawab(konsultansi) dan pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan darah.

Cuci Darah dianjurkan kepada:

  1. Sihat tapi tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
  2. Sihat tapi kadang-kadang sahaja mengamalkan gaya hidup sihat.
  3. Tidak sihat dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
  4. Sakit, terutama pada penyakit kronik

Proses Cuci Darah dapat membantu proses penyembuhan penyakit. Terapi ini menjadi lebih bermakna jika sama-sama berusaha untuk menjadi sihat. Jangan sesekali meninggalkan ubat yang dimakan tanpa mendengar nasihat dari DOKTOR anda.

Kes Kerosakan Buah Pinggang

Pada bulan Mac 2011, saya didatangi oleh klien yang menceritakan masalah kesihatan beliau (En.M). En.M berumur 63 tahun, mengalami kencing manis sejak 15 tahun lalu. Makan ubat kencing manis satu jenis (Daonil). Sedang bercerita, saya terasa bau UREA. Ini mencurigakan saya akan keadaan En.M. Apakah sudah ada komplikasi pada buah pinggangnya, akibat dari kencing manis?

Saya menangguhkan proses terapi ozon (cuci darah). Darah En.M diambil untuk dibuat pemeriksaan di salah satu Laboratorium yang terkenal di Malaysia. Selang 3 hari, sangkaan saya betul. 1/3 daripada fungsi buahpinggangnya sudah mengalami penurunan kerja. Ini akibat daripada kadar gulanya yang tinggi 24.4 mmol/L dan HBA1c yang tidak terkawal 12.8%. Lebih teruk lagi keadaan CEA dan CA19.9. yang tinggi, yang tentunya menunjukkan keadaan pankreas yang menghasilkan insulin ikut terkena. Turut membimbangkan, keadaan kolesterolnya yang tinggi. Berdasarkan keputusan darah ini, En.M bukannya hanya menghadapi masalah buahpinggang, malah organ pankreas dan jantung ikut serta sekali.

En.M dan isterinya merasa begitu sedih dengan keadaan yang dialami ini. Apakah buahpinggangnya akan dapat diselamatkan?? Apakah pankreas boleh diselamatkan?? Apa akan terjadi pada jantung?? Apakah….apakah??

Nasihat saya pada En.M.:

  1. IKHTIAR ; Ikhtiar En.M,baiki GAYA HIDUP SIHAT (5 perkara), terutama pemakanan. Ikhtiar Dr Ozon , Nasihat Gaya Hidup, Patuh pada ubat DOKTOR, Cuci Darah secara teratur.
  2. YAKIN ; yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Allah sedang menguji En.M. Hebat apa pun rawatan, hebat apapun ilmu manusia….Tiada siapa pun dapat mengalahkan KehendakNYA. Saling melengkapi adalah perlu dalam pengobatan.
  3. DOA; Mohonlah agar apa yang sedang diusahakan ini akan memperoleh Rahmat dan BarakohNya.
  4. Tawakkal; InsyaAllah dengan Ikhtiar, Yakin dan Doa; pasti ada jalan keluarnya.

Alhamdulillah, pada 14 Mei; selepas menjalani rawatan keadaan En.M menjadi lebih baik; berdasarkan keadaan beliau sendiri dan :

  • Buahpinggang membaik dimana; Nilai Urea dan Kreatinin menjadi Normal, GFR berfungsi Normal
  • Kolesterol menurun tetapi belum capai nilai normal
  • Nilai fungsi pankreas menjadi normal
  • Glukos menurun normal;awal 24.4 menjadi 4.4 mmol/L
  • HbA1c; awal 12% menjadi 7.9%.

Berdasarkan ini, pada dunia perubatan barat adalah kes terpencil dan tidak boleh dipercaya…. Bagi saya biarlah mereka dengan ke ‘ego’an dengan pengetahuan yang cetek tapi sombong. Kadang lupa, kenapa jadi Doktor????? Bagi saya, jadi doktor umpama KULI, HAMBA, AGEN ALLAH sahaja. Kita sebagai orang tengah sahaja. INGATTT! ALLAH yang menyembuhkan, BUKAN DOKTOR ATAU THERAPIS.

Semoga apa yang diusahakan, dalam bidang apa pun kita, akan memberi dampak yang baik, atas RAHMAT DAN BAROKAHNYA.